Beralih daripada Picasa
Kami telah memutuskan untuk menamatkan Picasa supaya dapat memberikan tumpuan kepada satu sahaja perkhidmatan foto dalam Foto Google – apl foto baharu dan lebih pintar yang berfungsi dengan lancar pada semua peranti mudah alih dan di web.
Di manakah saya boleh mendapatkan foto saya?

Jika anda mempunyai foto atau video dalam Album Web Picasa, cara paling mudah untuk mengakses, mengubah suai dan berkongsi kebanyakan kandungan itu, adalah dengan melog masuk ke Foto Google. Foto dan video anda sudah berada di sana.

Pergi ke Foto Google
Adakah saya masih boleh menggunakan aplikasi desktop?

Bagi mereka yang telah memuat turunnya, apikasi tersebut akan terus berfungsi seperti biasa. Tetapi kami tidak akan membangunkannya lebih lanjut dan kemas kini tidak akan disediakan pada masa hadapan.

Jika anda memilih untuk beralih kepada Foto Google, anda boleh teruskan memuat naik foto dan video menggunakan pemuat naik desktop di photos.google.com/apps.

Ketahui lebih lanjut